A.K.U DAN C.O.R.E.T.A.N

First of all, tujuan blog nie dicipta adalah untuk mencoretkan segala perjalanan suka duka hidup aku sepanjang aku masih bernafas di bumi tuhan nie...blog nie aku tujukan khas utk anak-anak aku dan cucu cicit aku (kalu adalah!!) supaya dorang semua taw betapa mama dan nenek dorang nie teramatlah mengilai dunia IT sehingga sanggup mencoretkan kenangannya di sini...

Internet nie dh menjadi sebahagian daripada idup aku...boleh dikatakan setiap hari aku akan melayari internet samada di rumah atau di pejabat...

Banyak benda yg aku perolehi dalam melayari internet nie antaranya ialah aku boleh berkomunikasi dgn bermacam2 jenis manusia tnpa mengetahui asal usul dan wajah manusia itu sendiri...unik kan!...so enjoy ya!

Wednesday, October 17, 2012

~~KeLeBiHan Anak PeremPuaN~~

Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud,
“Sesiapa yang memiliki tiga anak perempuan, lalu dia bersabar dengan kerenah, kesusahan dan kesenangan mereka, nescaya Allah s.w.t akan memasukkannya ke dalam syurga dengan kelebihan  rahmat-NYA untuk mereka.”
Seorang lelaki bertanya,
“Juga untuk dua anak perempuan wahai Rasulullah?”

Sabda baginda,
“Juga untuk dua anak perempuan.”

Seorang lelaki berkata,
“atau untuk seorang wahai Rasulullah?”

Rasulullah s.a.w menjawab,
“Juga untuk seorang.”
(Hadis Riwayat Ahmad dan Al-Hakim)

Namun, riwayat ini diperluaskan juga kepada seseorang yang memelihara saudara perempuan.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud,
“Tidak ada bagi sesiapa tiga orang anak perempuan ataupun tiga orang saudara perempuan, lalu dia berbuat baik kepada mereka, melainkan Allah Taala akan memasukkan mereka ke syurga.”
(Hadis Riwayat Al-Bukhari)
Daripada Aisyah r.a., dari Rasulullah s.a.w baginda telah bersabda yang maksudnya, 

“Sesiapa yang diberati menanggung sesuatu urusan menjaga dan memelihara anak-anak perempuan, lalu ia menjaga dan memeliharanya dengan baik, nescaya mereka menjadi pelindung baginya daripada api neraka.”
(Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Tirmidzi)

Sesungguhnya perempuan atau wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa. Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan mereka. Daripada hadis-hadis di atas, dapat kita pelajari bahawa kedua ibu bapa wajib memberi perhatian terhadap anak-anak perempuan lantaran anak-anak perempuan merupakan aset penting yang menentukan sama ada ibu bapa mereka layak memasuki syurga atau terhumban ke dalam neraka disebabkan oleh mereka.


Rasulullah s.a.w pernah bersabda dalam hadis baginda yang bermaksud,
“Takutlah kamu kepada Allah s.w.t dalam perkara-perkara yang berhubung dengan kaum wanita.”

Ini bermaksud bahawa setiap ibu bapa dan yang bergelar suami hendaklah sentiasa mengawasi anak-anak perempuan mereka dan juga isteri mereka agar sentiasa berpegang teguh dengan agama dan mematuhi perintah Allah s.w.t.

Pernahkah anda mendengar, kata orang tua? Menjaga lembu sekandang adalah lebih mudah daripada menjaga seorang anak perempuan? Kemungkinan ini ada benarnya apakala kita melihat ramai ibu bapa yang menjaga anak-anak mereka dengan hanya memberi tempat tinggal, makan dan minum semata-mata seperti menjaga dan memelihara binatang ternakan yang hanya bertujuan menggemukkan sahaja. Sedangkan pendidikan agama tidak diberi penekanan yang sepatutnya. Contohnya dalam perkara aurat dan pergaulan hingga akhirnya ramai perempuan atau wanita yang menjadi bahan fitnah dan terdedah dengan berbagai keburukan yang mencemarkan nama baik keluarga dan agama.

Sesungguhnya anak-anak yang diajar dengan didikan agama yang baik akan memberi faedah kepada ibubapanya semasa hidup dan selepas mati bahkan secara logiknya tiada ibubapa yang inginkan anak-anak mereka menjadi beban dan membawa kecelakaan kepada mereka di dunia apalagi di akhirat kelak.

Alangkah beruntungnya ibu bapa yang mempunyai anak perempuan, lalu mereka mendidik dengan penuh kesabaran dan kasih sayang. Mendidik anak perempuan sememangnya mencabar tetapi cabaran yang besar itu jika dilakukan dengan kesungguhan serta tabah menghadapi kerenah mereka, Allah Taala dan Rasul-Nya telah menjanjikan balasan yang amat besar.
Sumber: http://monologseoranghamba.com/

~~Aku DaN KeHamiLanKu~~

Minggu ini genap 32 minggu usia kehamilanku..ini bermakna dalm beberapa minggu lagi aku akan melahirkan seorang lagi ahli baru dalam keluargaku..perasaan aku berbaur-baur...aku sendiri tidak tahu samada aku gembira atau tidak dengan kurniaan ini...sepanjang kehamilan ini, aku telah menempuhi berbagai dugaan yang tidak dapat aku luahkan kepada sesiapa pun..biarlah ianya menjadi rahsia diri aku sendiri....tapi jauh di sudut ati aku, aku doakan semoga semuanya berada dalam  keadaan sihat sejahtera...aku berdoa semoga hari-hari yang mendatang dalam hidup aku akan lebih menggembirakan jiwa dan perasaan aku....

Wednesday, July 1, 2009

^^^ ADaKaH CinTa ^^^

Ucapkanlah kasih..
Satu kata yang kunantikan
Sebab ku tak mampu membaca matamu
Mendengar bisikmu

Nyanyikanlah kasih..
Senandung kata hatimu
Sebab ku tak sanggup mengartikan getar ini
Sebab ku meragu pada dirimu

Mengapa berat ungkapkan cinta
Padahal ia ada
Dalam rinai hujan, dalam terang bulan
Juga dalam sedu sedan

Mengapa sulit mengaku cinta
Padahal yang terasa
Dalam rindu dendam,
hening malam
Cinta.. terasa ada…

Friday, June 26, 2009

^^^ LoVe Is CiNTa ^^^




Cinta yang sejati berdiri atas dasar hormat ~~~Buckingham

Cinta sejati hanya ada tempat untuk 2 orang tidak ada bagi orang ketiga ~~~ Gorji Zaidan

Cinta sejati bertapak pada rasa saling menghargai ~~~ Niller

^^^ WiTh FwEnS ^^^





























Thursday, February 12, 2009

Thursday, November 13, 2008